awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penggunaan katil ICU di Johor, Kuala Lumpur lepasi 50 peratus

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/02/2022
14:16 MYT
COVID-19: Penggunaan katil ICU di Johor, Kuala Lumpur lepasi 50 peratus
Pada Rabu, negara mencatat kes harian paling tinggi dengan 27,831 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kenaikan kes harian COVID-19 dalam negara sejak beberapa hari lepas turut menyebabkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) terutama di Kuala Lumpur dan Johor kembali meningkat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua negeri itu kini menunjukkan peratusan penggunaan katil ICU melepasi 50 peratus.
“Bilangan katil wad ICU di Johor adalah 46 katil dengan 63 peratus daripadanya dipenuhi oleh pesakit COVID-19.
“Juga, katil ICU Kuala Lumpur yang mempunyai 22 katil kini mencecah 50 peratus pengisiannya setakat Rabu,” ujarnya.
Selain itu, katanya penggunaan katil bukan ICU bagi kes COVID-19 turut meningkat melebihi 50 peratus di Selangor, Kelantan, Perak, Perlis, Sabah, Putrajaya, Johor dan Kuala Lumpur.
Bagi PKRC pula, katanya 10 negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Johor, Kedah dan Perak menunjukkan peratusan penggunaan 50 peratus.
"Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) adalah 4.05 peratus bagi pesakit COVID-19 dan 37 peratus jika termasuk kes bukan COVID-19, daripada kapasiti keseluruhan ventilator," katanya.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 27,831 kes, rekod paling tinggi setakat ini
Pada Rabu, negara mencatat kes harian paling tinggi dengan 27,831 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes.
Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, sebanyak 27,734 (99.65 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Manakala selebihnya sebanyak 97 kes (0.35 peratus) dalam kategori 3,4 dan 5.
COVID-19 | 27,831 kes baharu COVID-19, paling tinggi direkodkan negara
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#penggunaan katil
#ICU
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan