awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Polis nafi trend peningkatan jenayah akibat hilang pekerjaan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
17/11/2020
01:18 MYT
COVID-19: Polis nafi trend peningkatan jenayah akibat hilang pekerjaan
HUZIR: Dakwaan bahawa kes jenayah di Malaysia menunjukkan peningkatan disebabkan orang ramai kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 adalah tidak benar sama sekali. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan wujud trend peningkatan dalam kes jenayah susulan terdapat banyak kes kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, dakwaan itu adalah sama sekali tidak benar.
Sebaliknya, katanya, ia merekodkan penurunan.
"Kes jenayah yang direkodkan bermula 1 Januari hingga 15 November adalah sebanyak 56,117 kes, turun 16,719 kes (23 peratus) berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 72,836 kes.
"Jenayah ragut sebanyak 1,160 kes dilaporkan, daripada 2,216 kes dalam tempoh sama tahun lepas, iaitu menunjukkan penurunan sebanyak 1,056 kes (47.65 peratus).
"Berpandukan statistik itu, dakwaan bahawa kes jenayah di Malaysia menunjukkan peningkatan disebabkan orang ramai kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 adalah tidak benar sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan beberapa kes jenayah ragut yang dimuat naik menerusi laman YouTube.
Video bertajuk 'Jangan jadi mangsa! Tontonlah video ini! Jangan leka & lalai' itu dimuat naik pemilik akaun 'COVERLINE TV' yang membawa mesej kononnya COVID-19 menyebabkan kes jenayah ragut akibat ramai yang hilang pekerjaan.
Topic Berkaitan
#PDRM
#YouTube
#video
#media sosial
#jenayah
#COVID-19
#pandemik
#Huzir Mohamed
#dakwaan
#ragut
#hilan pekerjaan
#Tular
#penurunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan