awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ralat jika saringan makmal tidak ikut prosedur - Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/08/2020
04:06 MYT
COVID-19: Ralat jika saringan makmal tidak ikut prosedur - Menteri
Saringan kadar positif dengan menggunakan kaedah ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) mendapati kadar positif COVID-19 di negara ini hanya 0.96 peratus. - Gambar fail
Ujian makmal COVID-19 yang dilaksanakan tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan berkemungkinan memberikan keputusan ralat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba turut berkata, saringan kadar positif dengan menggunakan kaedah ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) mendapati kadar positif COVID-19 di negara ini hanyalah pada kadar 0.96 peratus. "Untuk RT-PCR, interprestasi yang salah (ralat) boleh berlaku sekiranya pihak makmal tidak mengikut prosedur seperti jika kita kesan satu gen sahaja, seeloknya ia tidak boleh dianggap positif. "Ujian swab perlu diulang semula untuk kali kedua swab. Barulah kita boleh anggap ia sebagai positif. Setakat ini kita laksanakan di Kedah dan Sarawak, di mana 9,003 kes positif dikesan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Khamis. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Kevin Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) mengenai klasifikasi kes positif menggunakan ujian RT-PCR bagi mengelakkan tanggapan segelintir yang beranggapan kerajaan menyembunyikan data sebenar COVID-19. Mengulas lanjut, Adham menjelaskan Kementerian Kesihatan turut menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen, dengan ketepatan mencukupi dan berupaya memberi keputusan dalam tempoh singkat.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#Dewan Rakyat
#Dr Adham Baba
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#Menteri Kesihatan
#Parlimen
#rT-PCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan