awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah terima tambahan lebih dua juta dos vaksin - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
08/07/2021
09:26 MYT
COVID-19: Sabah terima tambahan lebih dua juta dos vaksin - Hajiji
Tambahan bekalan vaksin COVID-19 buat Sabah mampu memperhebatkan program outreach vaksinasi khasnya melibatkan kawasan pedalaman di negeri berkenaan. - Ihsan CMO Sabah.
KOTA KINABALU: Sabah bakal menerima lebih dua juta dos vaksin COVID-19 yang sekali gus mampu membantu dalam melancarkan program vaksinasi di negeri itu.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata bekalan vaksin itu akan tiba dalam dua kumpulan, iaitu satu juta dos vaksin pada bulan ini dan selebihnya 1.2 juta dos lagi pada bulan depan.
Beliau turut berkata, tambahan dos vaksin ini diharap dapat memperhebatkan program jangkauan luar (mobile outreach) pemberian vaksin di pedalaman negeri itu.
“Saya berharap pemberian vaksin ini akan berjalan lancar termasuk untuk program mobile outreach. Ini bagi memastikan tiada penduduk yang tercicir dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
“Kita tahu di luar bandar mereka tidak menggunakan aplikasi MySejahtera dan menerusi program mobile outreach, suntikan vaksin akan diberikan kepada mereka jika datang ke program berkenaan.
“Justeru, dengan penambahan vaksin pada bulan ini dan bulan depan, sudah pasti membantu meningkatkan jumlah penduduk yang menerima vaksin di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai status COVID-19 dan PICK daerah Ranau, dalam lawatan seharinya ke Kundasang.
Hajiji berkata penambahan vaksin itu juga akan mengelak rakyat daripada terkena jangkitan virus itu sekali gus dapat mengekang penularan pandemik ini.
Terdahulu, beliau telah mendengar taklimat daripada Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir Kasibun mengenai status semasa berkaitan COVID-19 dan PICK.
Daripada 113,500 populasi di Ranau, seramai 16,425 orang atau 21 peratus sudah menerima dos pertama manakala 7,419 (9.5 peratus) untuk dos 2.
Sementara itu, pusat pemberian vaksin (PPV) telah dibuka di Dewan Masyarakat Daerah Ranau dengan kapasiti kira-kira 300 orang dalam satu-satu masa.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#Ketua Menteri Sabah
#Datuk Seri Hajiji Noor
#Program Outreach Vaksinasi
#kawasan pedalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan