awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti perluasan subsidi diesel, pastikan tiada golongan tercicir
Rundingan diteruskan, hak negara keutamaan - Iran
Sultan Selangor nasihat bakal jemaah kawal belanja ketika menunaikan haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sekatan pergerakan semata-mata tidak akan memutus rantaian wabak - CME

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/04/2021
05:29 MYT
COVID-19: Sekatan pergerakan semata-mata tidak akan memutus rantaian wabak - CME
Perlu diingatkan, kini secara jelas menunjukkan sekatan pergerakan tidak memutuskan rantaian jangkitan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengakui bahawa pencegahan wabak COVID-19 menerusi pendekatan 'satu polisi untuk semua'' adalah tidak berkesan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Dr Carmelo Ferlito berkata tiba masa kerajaan melaksanakan strategi yang lebih bersasar.
"CME meminta supaya kerajaan melihat peningkatan kes pada ketika ini sebagai sebahagian daripada gelombang sebelum ini yang bermula sejak September 2020 - yang sebenarnya adalah gelombang pertama COVID-19 di Malaysia.
"Apa yang berlaku ketika ini adalah sesuatu yang semula jadi kepada gelombang ini, yang sebelum ini dapat mengurangkan kes disebabkan sekatan perjalanan.
"Perlu diingatkan, kini secara jelas menunjukkan sekatan pergerakan tidak memutuskan rantaian jangkitan," katanya dalam satu kenyataan media.
Malah, CME turut mendapati sekiranya pendekatan sama dilakukan kerajaan untuk mengekang COVID-19, ia memungkinkan pandemik itu berlanjutan sehingga 10 tahun.
Justeru, CME menggesa kerajaan mewujudkan data yang tersusun dan terperinci melibatkan umur dan tahap kesihatan mereka yang maut akibat COVID-19.
Data ini akan membantu rakyat menilai tahap kesihatan individu lain.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pusat Pendidikan Pasaran
#cme
#Center Market Educations
#Dr Carmelo Ferlito
#pendidikan
#kesihatan
#maut
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan