awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada kes positif baharu tujuh hari berturut-turut di Sarawak

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
05/07/2020
09:24 MYT
COVID-19: Tiada kes positif baharu tujuh hari berturut-turut di Sarawak
Tujuh hari tanpa kes positif baharu COVID-19 di Sarawak, namun pematuhan SOP dan garis panduan masih dipantau dan dipraktikkan demi keselamatan orang ramai -Astro AWANI
Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 selama tujuh hari berturut-turut sejak Isnin lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal sebanyak 571 kes.
Dalam laporan terbaharu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad, satu kes dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar dari Hospital Umum Sarawak (HUS).
Jumlah kumulatif bagi kes yang telah sembuh dan discaj setakat ini adalah 546 orang atau 95.62 peratus daripada keseluruhan kes.
Sementara itu, jumlah kes kematian melibatkan virus tersebut di negeri itu kekal 17 mangsa.
Dalam perkembangan sama, JPBN turut memaklumkan pertukaran status daerah Bintulu daripada zon kuning kepada zon hijau.
Memetik kenyataan itu, setakat ini dua daerah sahaja masih berstatus kuning iaitu Kuching dan Sibu, manakala 38 daerah lagi berstatus hijau.
Bagi kes individu dalam siasatan (PUI) pula, sebanyak enam kes baharu dilaporkan hari ini dengan lima kes masih menunggu keputusan ujian makmal.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#JPBN
#JPBN Sarawak
#kelaziman baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan