awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiga lagi ditutup, kini 30 sekolah ditutup di Johor

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2021
12:57 MYT
COVID-19: Tiga lagi ditutup, kini 30 sekolah ditutup di Johor
Kesemua sekolah itu ditutup selama tujuh hari bagi proses sanitasi dan ujian COVID-19. - Gambar fail/ Bernama
JOHOR BAHRU: Tiga lagi sekolah ditutup menjadikan keseluruhan institusi pendidikan itu yang ditutup akibat COVID-19 di Johor kini meningkat kepada 30 buah.
Semalam, penutupan itu meliputi 10 sekolah agama selain 17 sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan.
Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang, berkata tiga sekolah yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Osman Saat di Pontian selain Sekolah Kebangsaan Nong Chik serta Sekolah Rendah Arab Bersepadu (SRAB) masing-masing di Johor Bahru.
"Kesemua sekolah itu ditutup selama tujuh hari bagi proses sanitasi dan ujian COVID-19 ke atas semua pihak yang berkaitan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: COVID-19: 27 sekolah di Johor ditutup
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi, berkata bilangan sekolah agama yang ditutup setakat ini kekal 10 buah.
Ia membabitkan empat daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing.
Antaranya Sekolah Agama (SA) Tambatan Tinggi, SA Taman Sri Saujana, SA Taman Kota Kulai 2, SA Taman Muhibbah Kukai, SA Bandar Endau, SA Semanyir, SA Belukar Juling dan SA Pusat Air Tawar.
Topic Berkaitan
#Johor
#sekolah
#ditutup
#30
#27
#Mazlan Bujang
#COVID-19
#penularan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan