awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca baik di Pulau Pinang, keadaan banjir semakin pulih

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2017
03:48 MYT
Cuaca baik di Pulau Pinang, keadaan banjir semakin pulih
Pasu bunga bertaburan di hadapan sebuah rumah penduduk Taman Thean Teik, George Town, selepas banjir surut petang Jumaat, 15 Sept, 2017. -- fotoBERNAMA
Banjir yang melanda Pulau Pinang semalam semakin pulih hari ini berikutan cuaca semakin baik manakala hujan sudah mulai berhenti sejak semalam.
Tinjauan di beberapa kawasan, antaranya di Jalan Masjid Negeri, Jalan Lumba Kuda dan Medan Fettes, Tanjung Bungah mendapati kebanyakan laluan yang ditutup semalam kini sudah mulai dibuka.
Kerja-kerja membersihkan lumpur dan pokok tumbang kini sedang giat dijalankan oleh pekerja-pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Manakala orang ramai sudah boleh melakukan aktiviti seharian mereka seperti biasa.
BACA: Banjir Pulau Pinang: 154 bermalam di pusat pemindahan
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) masih bertungkus lumus membersihkan kesan runtuhan tanah dan pokok tumbang yang berlaku di pangsapuri Medan Fettes, Tanjung Bungah hingga menyebabkan enam kenderaan tertimbus.
Kerja-kerja mengalih tanah dan lumpur terpaksa dilakukan menggunakan lori bagi mengeluarkan tiga lagi kenderaan yang masih tertimbus di bawah runtuhan tanah.
Sementara itu, difahamkan sebahagian mangsa yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di beberapa daerah di negeri ini, telah pulang untuk membersihkan rumah masing masing.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#pulau pinang
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan