awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Orang ramai dinasihat elak pakaian tebal, ketat ketika aktiviti luar

Bernama
Bernama
06/04/2024
03:18 MYT
Cuaca panas: Orang ramai dinasihat elak pakaian tebal, ketat ketika aktiviti luar
Bagi golongan berisiko, antara cara mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau adalah minum air kosong dengan banyak, hadkan aktiviti luar, kerap berehat dan mandi untuk menyejukkan tubuh. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakai pakaian tebal dan ketat ketika melakukan aktiviti luar kerana ia menghalang haba keluar daripada penyejatan peluh berikutan cuaca panas ketika ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata situasi lebih teruk boleh berlaku sehingga menyebabkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma) dengan beberapa gejala seperti sakit kepala, pening, lemah otot atau kekejangan selain mengalami mual dan muntah.
"Jika mempunyai gejala berkaitan suhu panas, individu terbabit perlu segera keluar daripada kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah dan sejuk pada badan.
"Gunakan kipas untuk sejukkan badan, minum air setiap 15 minit dan dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dr Zaini berkata antara golongan berisiko menjadi mangsa cuaca panas adalah individu yang terlibat dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan polis.
"Selain itu, orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas) mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda, serta penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
"Oleh itu, cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau adalah perlu minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dilakukan, hadkan aktiviti luar, kerap berehat, mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan," katanya.
Semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang.
Kematian pertama melibatkan individu berumur 22 tahun di Pahang pada 2 Feb, manakala mangsa kedua melibatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kelantan yang meninggal dunia pada Isnin lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#pakaian tebal
#aktiviti luar
#strok haba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan