awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas tahap satu: Penduduk empat daerah di Perak diminta waspada

Bernama
Bernama
24/03/2026
08:50 MYT
Cuaca panas tahap satu: Penduduk empat daerah di Perak diminta waspada
Situasi berkenaan memerlukan langkah berjaga-jaga yang berterusan bagi mengelakkan sebarang risiko kepada kesihatan awam termasuk strok haba. -Gambar hiasan/Bernama
Penduduk di empat daerah iaitu Kinta, Kuala Kangsar, Selama dan Hulu Perak diminta berwaspada serta mengurangkan aktiviti luar rumah susulan cuaca panas tahap satu yang direkodkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A.Sivanesan berkata situasi berkenaan memerlukan langkah berjaga-jaga yang berterusan bagi mengelakkan sebarang risiko kepada kesihatan awam termasuk strok haba.
“Walaupun tahap satu, orang ramai perlu lebih peka terhadap kesan cuaca panas terutama jika terdedah dalam tempoh yang lama.
“Golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik perlu lebih berhati-hati dalam keadaan cuaca panas ketika ini yang boleh mengakibatkan strok haba,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sivanesan berkata meskipun tiada sebarang kes strok haba atau kelesuan haba dilaporkan setakat ini di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri ini, pemantauan berterusan sentiasa dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.
“Kita akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan pemantauan cuaca dan kesihatan dijalankan secara berterusan. Kerjasama daripada orang awam juga amat penting bagi memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk,” katanya.
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyatan menerusi Facebook memaklumkan 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.
Sementara itu, METMalaysia turut memaklumkan 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) yang merekodkan bacaan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#A. SIVANESAN
#Perak
#cuaca
#Panas
#strok
#haba
#waspada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan