awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas tidak jejas pelepasan air empat empangan utama di Perak - Exco

Astro AWANI
Astro AWANI
29/03/2026
05:29 MYT
Cuaca panas tidak jejas pelepasan air empat empangan utama di Perak - Exco
Pelepasan air di Empangan Temengor, Empangan Bersia, Empangan Chenderoh dan Empangan Kenering yang diselia sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melebihi paras minimum iaitu sekitar 120 meter padu sesaat. - Gambar fail
Pelepasan air di empat empangan utama di Perak berada pada tahap terkawal dan masih mampu menampung keperluan domestik, meskipun beberapa daerah di negeri ini merekodkan cuaca panas Tahap Satu sejak beberapa hari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ketika ini pelepasan air di Empangan Temengor, Empangan Bersia, Empangan Chenderoh dan Empangan Kenering yang diselia sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melebihi paras minimum iaitu sekitar 120 meter padu sesaat.
“Kebiasaannya ketika musim kemarau, pelepasan air akan dikawal rapi bagi memberi keutamaan kepada penjanaan tenaga, namun pendekatan lebih fleksibel diambil ketika ini kerana beberapa kawasan utama pertanian di Perak telah melepasi musim penanaman.
“Secara tidak langsung, lebihan itu dapat dimanfaatkan untuk kegunaan domestik termasuk memastikan bekalan air terawat kekal mencukupi di seluruh Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sebanyak 12 kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia termasuk di Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri juga telah mengambil langkah persediaan awal, termasuk menggerakkan jentera dan aset milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sekiranya cuaca panas berlarutan dalam tempoh yang lama.
“Sekiranya cuaca panas berlarutan selama dua hingga tiga minggu, kita akan menggerakkan pam bergerak milik JPS ke loji rawatan air Lembaga Air Perak (LAP) di kawasan terjejas. Langkah ini bertujuan membantu menampung keperluan dan memastikan kelancaran bekalan air,” katanya.
Selain langkah mobilisasi pam mudah alih, beliau berkata pembenihan awan juga mungkin menjadi langkah terakhir yang diguna pakai, namun keputusan akhir bergantung kepada ketetapan MetMalaysia.
“Jika kaedah pembenihan awan hendak dilaksanakan, ia memerlukan penelitian rapi terutama dari aspek bentuk muka bumi, arah angin dan faktor-faktor lain. Kos untuk melaksanakan kaedah ini juga agak tinggi, jadi ia perlu dipertimbangkan sebaiknya,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohammad Nizar
#empangan perak
#bekalan air
#cuaca
#Panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan