awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuai dipercayai punca 12 motosikal musnah terbakar di Parit

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/01/2025
04:25 MYT
Cuai dipercayai punca 12 motosikal musnah terbakar di Parit
DCP Zulkafli berkata, kejadian 12 motosikal terbakar di Parit itu berpunca daripada pembakaran bekas telur di kawasan berhampiran, dipercayai untuk menghalau nyamuk. - Gambar fail/BERNAMA
TAIPING: Kecuaian dipercayai menyebabkan 12 buah motosikal musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di kawasan rumah yang dijadikan bengkel, dekat Jalan Kampung Tanjung Medan Layang Kiri, Parit.
Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat berkata, beliau difahamkan, ia bukan disebabkan perbuatan jenayah atau sabotaj.
Menurutnya, ia berpunca daripada pembakaran bekas telur di kawasan berhampiran, dipercayai untuk menghalau nyamuk.
“Ia berpunca daripada pemilik bengkel berkenaan tersilap membakar bekas telur tetapi merebak dan menyebabkan bengkel beliau terbakar dan membakar sebanyak 12 buah motosikal.
“Mungkin dia bakar, lepas itu, ditinggalkan, dia tak perasan, sebab (biasanya) bengkel ada banyak minyak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak di Plaza Tol Taiping Selatan, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan sebanyak 12 buah motosikal musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di kawasan rumah dekat Jalan Kampung Tanjung Medan Layang Kiri, Parit.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Topic Berkaitan
#motosikal terbakar
#Zulkafli Sariaat
#kecuaian
#parit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan