awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenayah komersial 'membarah', polis giat bongkar modus operandi sindiket
Kerajaan Ireland umum langkah kos bahan api bernilai €505 juta selepas protes
KPDN gagalkan cubaan seleweng diesel di stesen minyak di Penampang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Individu tidak layak masih berlegar-legar guna jawatan Ketua Pembangkang' - Muhyiddin

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2026
07:09 MYT
'Individu tidak layak masih berlegar-legar guna jawatan Ketua Pembangkang' - Muhyiddin
Muhyiddin (kiri) pada sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Belia dan Sukan Pagoh pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyuarakan kekecewaan terhadap Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) kerana pelantikan Ketua Pembangkang masih belum dibuat, sementara individu yang telah dipecat parti terus menggunakan jawatan itu.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menghantar surat mencadangkan pelantikan itu perlu dibuat segera, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.
"Sudah tentu tidak wajar orang yang tidak layak masih berlegar-legar menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang.
"Kalau sudah kosong, isi...tak kan tak ada (calon). Jika sudah ada calon, tidak perlu menunggu Parlimen bersidang.
"Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan boleh menulis surat kepada Speaker untuk mencadangkan calon yang dipilih," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Belia dan Sukan Pagoh di sini, pada Ahad.
Muhyiddin menambah, kelewatan pelantikan Ketua Pembangkang boleh menjejaskan maruah dan imej Perikatan Nasional di mata rakyat.
“Ini bukan hak Bersatu, bukan hak Pas, bukan hak Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), bukan hak Parti Rakyat India Malaysia (MIPP). Ini hak PN.
"Saya sudah pimpin PN sejak ditubuhkan, hampir lima tahun lamanya. Saya tahu perkara ini bukannya susah. Bila ada keputusan ia sepatutnya dilaksanakan segera.
"Saya mohon supaya Majlis Tertinggi PN, terutama Setiausaha dan Pengerusi PN yang baru dilantik (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) memberi perhatian serius terhadap isu ini dan menyelesaikannya secepat mungkin," ujarnya.
Sebelum itu pada Jumaat, PN dilaporkan belum memuktamadkan pemilihan Ketua Pembangkang Parlimen.
Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, terdapat beberapa proses yang perlu diselesaikan sebelum keputusan akhir dibuat.
Isu Ketua Pembangkang yang baharu timbul selepas Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat dari Bersatu dan muncul desakan terutama dari parti lamanya mendakwa beliau tidak lagi berhak memegang jawatan itu kerana tiada berparti. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#Ketua Pembangkang
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan