awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan curi kabel gagal, lelaki maut jatuh dari tingkat 23

Bernama
Bernama
27/06/2024
01:45 MYT
Cubaan curi kabel gagal, lelaki maut jatuh dari tingkat 23
Cubaan dua lelaki mencuri kabel gagal apabila seorang daripada mereka ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartmen di Kajang Utama, semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Cubaan dua lelaki mencuri kabel gagal apabila seorang daripada mereka ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartmen di Kajang Utama, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada saksi awam pada 8.20 pagi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-duanya suspek, masing-masing berusia 31 dan 29 tahun, cuba melarikan diri selepas perbuatan mereka disedari pihak keselamatan apartmen terbabit.
"Suspek yang berusia 29 tahun tergelincir dan terjatuh ke tingkat empat bangunan apabila cuba melompat ke aras lain sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Seorang lagi suspek ditahan bersama enam gulung wayar tembaga serta beberapa peralatan memotong wayar kabel dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau.
"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala lelaki yang maut dikenal pasti memiliki 10 rekod jenayah lampau," katanya.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Insp K Suresh di talian 017-4333795. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#lelaki maut
#jatuh dari tingkat 23
#Kajang Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan