awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan seludup kuda laut ke Thailand gagal

Bernama
Bernama
30/10/2023
05:20 MYT
Cubaan seludup kuda laut ke Thailand gagal
Sebanyak 90kg kuda laut dianggarkan bernilai RM180,000 tanpa sebarang dokumen yang sah cuba diseludup ke Thailand. - Gambar/ Maqis
ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Kedah mematahkan cubaan menyeludup keluar 90 kilogram (kg) kuda laut bernilai RM180,000 ke Thailand tanpa dokumen sah dalam satu operasi Rabu lepas.
Pengarah Maqis Kedah Hisham Abu Bakar berkata operasi pada 4 petang itu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di laluan penumpang (eksport).
"Hasil pemeriksaan bersama yang dilakukan mendapati sebanyak 90kg kuda laut dianggarkan bernilai RM180,000 tanpa sebarang dokumen yang sah, iaitu tanpa Permit Eksport daripada Maqis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.
"Tindakan penguatkuasaaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasilan pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuda laut
#seludup
#Thailand
#maqis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan