awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs bantah pemansuhan skim pencen kakitangan awam - Zainal

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
12/09/2019
09:26 MYT
Cuepacs bantah pemansuhan skim pencen kakitangan awam - Zainal
Timbalan Presidennya, Zainal Ismail berkata, sebagai kakitangan awam, pencen yang diterima dianggap sumbangan ikhlas daripada kerajaan bagi mengenang jasa mereka yang berkhidmat. - Foto Astro AWANI
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah pemansuhan skim pencen kakitangan awam selepas mereka bersara nanti kerana ianya adalah hak mutlak dan sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan .
Timbalan Presidennya, Zainal Ismail berkata, sebagai kakitangan awam, pencen yang diterima dianggap sumbangan ikhlas daripada kerajaan bagi mengenang jasa mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama ini.
"Kami melihat skim pencen ini amat penting dan buat masa sekarang ianya bersesuaian dan wajar diteruskan.
"Dalam masa sama, ianya sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kakitangan sebaik mereka bersara termasuk perbelanjaan persekolahan anak-anak yang belum selesai selain menyelesaikan hutang piutang yang ada.
"Justeru itu, saya mohon supaya kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap skim pencen ini kerana ianya sangat sensitif dan yakin dapat diselesaikan," katanya.
BACA: Pertukaran skim tetap dan berpencen tidak libatkan penjawat awam sedia ada - KSN
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Cuepacs negeri, Aminuddin Awang.
Kursus selama dua hari bermula 11 September dan berakhir hari ini dihadiri 72 kakitangan kerajaan membabitkan 22 agensi.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata Kerajaan sentiasa mengkaji skim pencen demi kepentingan rakyat.
Dengan jumlah penjawat awam yang semakin ramai dan jumlah gaji yang lebih tinggi kerajaan bimbang tidak mampu lagi menampung beban bagi bayaran pencen penjawat awam.
Topic Berkaitan
#cuepacs
#Mahathir Mohamad
#mansuh skim pencen
#penjawat awam
#Perdana Menteri
#Timbalan Presiden Cuepacs
#Zainal Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan