awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs mahu keistimewaan penjawat awam terima rawatan di IJN, dikekalkan

Bernama
Bernama
28/02/2024
11:16 MYT
Cuepacs mahu keistimewaan penjawat awam terima rawatan di IJN, dikekalkan
Adnan berkata Cuepacs turut melahirkan rasa bimbang dengan situasi semasa yang berlaku terutama dalam hal melibatkan pesakit jantung dalam kalangan penjawat awam dan pesara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan untuk mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diterima penjawat awam semasa berkhidmat atau selepas persaraan khususnya berkaitan penerimaan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata Cuepacs turut melahirkan rasa bimbang dengan situasi semasa yang berlaku terutama dalam hal melibatkan pesakit jantung dalam kalangan penjawat awam dan pesara.
"Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) telah memberi maklum balas bahawa kes tersebut melibatkan pesakit yang sudah stabil, Cuepacs berpandangan adalah lebih wajar kerajaan terus membenarkan pesakit sedia ada di IJN kekal mendapatkan rawatan terbaik di situ tanpa perlu mengeluarkan atau merujuk semula mereka ke hospital lain milik KKM.
"KKM sendiri memaklumkan mereka telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN bertujuan untuk mengurangkan 'kesesakan dan masa menunggu yang lama' di Pusat Jantung milik KKM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Adnan berkata tindakan mengeluarkan pesakit sedia ada di IJN hanya akan menyebabkan kesesakan dan masa menunggu yang lama di Pusat Jantung KKM yang sememangnya sudah mempunyai pesakit sedia ada.
"Langkah tersebut juga mengakibatkan pesakit yang dikeluarkan daripada IJN terpaksa menunggu giliran lebih lama untuk dirawat memandangkan rekod semasa mereka di hospital lain masih baharu dan perlu memberi ruang kepada pesakit sedia ada.
"Sekiranya perkara ini terus berlaku pada masa hadapan, Cuepacs bimbang kebajikan penjawat awam dan pesara akan diabaikan terutama dalam mendapatkan rawatan yang terbaik apabila mereka tidak sihat," katanya.
Adnan berkata suatu mekanisme atau pendekatan lain boleh diambil kerajaan sekiranya kos perbelanjaan yang menjadi punca utama permasalahan ini berlaku.
"Langkah penjimatan tidak seharusnya dijadikan asas dalam soal pemotongan perbelanjaan berkaitan penjagaan kesihatan kerana ia adalah keutamaan kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam dan pesara.
"Pemotongan kos untuk langkah penjimatan harus disasarkan kepada program ad hoc lain yang tidak mempunyai keutamaan di semua peringkat kerajaan dan bukannya melibatkan perkara berkaitan keperluan asas rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#penjawat awam
#Adnan Mat
#Institut Jantung Negara
#IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan