awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CUEPACS sokong penuh pelantikan Muhyiddin

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
01/03/2020
07:21 MYT
CUEPACS sokong penuh pelantikan Muhyiddin
Adnan berkata, sokongan itu bagi memastikan kesejahteraan serta keharmonian rakyat dan negara terjamin. - Gambar BERNAMA
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) mengambil pendirian untuk berdiri teguh, yakin dan menzahirkan sokongan penuh tanpa berbelah bahagi kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.
Presidennya, Adnan Mat berkata, sokongan itu bagi memastikan kesejahteraan serta keharmonian rakyat dan negara terjamin.
Menurutnya, CUEPACS dan penjawat awam sentiasa bersama dengan kerajaan untuk terus memaju negara serta menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat dan negara.
"Walaupun kerajaan datang dan pergi bersilih ganti namun perkhidmatan awam tetap kekal setia dalam neutraliti meneruskan khidmat menjaga kesejahteraan negara secara menyeluruh di bawah payung institusi raja.
"Ini kerana perkhidmatan awam, merupakan tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara professional.
"CUEPACS ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-8," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
[LAPOR LANGSUNG] MY2020 Muhyiddin PM-8
Adnan berkata, perkhidmatan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan prinsip best delivery selaras dengan slogan 'Saya Yang Menjalankan Amanah'.
"Walau apa pun yang berlaku perkhidmatan kerajaan akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang terbaik untuk rakyat," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#cuepacs
#kerajaan
#Malaysia 2020
#Malaysia2020
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#penjawat awam
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan