awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti penggal: Bukan mansuh sebaliknya dibawa ke cuti akhir tahun

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
10/03/2021
11:10 MYT
Cuti penggal: Bukan mansuh sebaliknya dibawa ke cuti akhir tahun
Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Selangor) mencadangkan supaya cuti pertengahan penggal tahun ini dibawa ke cuti akhir tahun bukannya dimansuhkan seperti dimaklumkan dalam kenyataan sebelum ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Selangor) mencadangkan supaya cuti pertengahan penggal persekolahan tahun ini dibawa ke cuti akhir tahun.
Yang Dipertuanya, Datin Seri Ismalina Ismail menjelaskan, ia bagi menjawab kekeliruan yang timbul susulan kenyataannya sebelum ini berhubung supaya cuti penggal tahun ini dimansuhkan.
Ia selepas mendapat cadangan daripada ibu bapa supaya cuti penggal itu ditiadakan selepas anak-anak telah berada terlalu lama di rumah.
“Saya ingin menjelaskan bahawa apa yang telah dicadangkan adalah agar cuti pertengahan penggal persekolahan ini dibawa ke cuti akhir tahun. Bukannya dimansuhkan.
"Saya faham sangat dengan jasa dan pengorbanan guru. Sebab itu saya aktif menggerakkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).
"Saya ingin memohon maaf atas kekeliruan yang timbul,” ujarnya kepada Astro AWANI menerusi kenyataan ringkas.
BACA: Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR
Sebelum ini, terdapat cadangan semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal.
Topic Berkaitan
#pelajar
#guru
#cuti penggal
#cuti sekolah
#MAPIM Selangor
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan