awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat pengeluar makanan sejuk beku didenda RM135,000 buang efluen perindustrian
Zahid terima surat rayuan KJ, peluang kembali ke UMNO semakin cerah
Konflik Asia Barat: Gergasi minyak AS jangka krisis tenaga global semakin parah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti umum tambahan bebankan perniagaan, Samenta gesa pinda Akta Hari Kelepasan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/03/2026
04:05 MYT
Cuti umum tambahan bebankan perniagaan, Samenta gesa pinda Akta Hari Kelepasan
Samenta menggesa kerajaan menyemak semula Akta Hari Kelepasan 1951, khususnya Seksyen 8, bagi mengehadkan kuasa mengisytiharkan cuti umum secara ad-hoc kecuali dalam situasi kecemasan negara atau peristiwa luar biasa.
Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menyuarakan kebimbangan terhadap amalan pengisytiharan cuti umum tambahan secara mengejut yang disifatkan memberi kesan negatif kepada operasi perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Presidennya Datuk William Ng berkata pengumuman cuti secara ad-hoc, termasuk sempena sambutan perayaan, menjejaskan keupayaan perniagaan untuk merancang tenaga kerja, kos operasi dan komitmen kontrak sedia ada.
“Perniagaan dibina atas perancangan. Apabila cuti diumumkan pada saat akhir, PMKS terpaksa menanggung kos tambahan seperti bayaran gaji berganda atau penalti kontrak, sekali gus memberi tekanan kewangan yang besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, sektor pengilangan, perkhidmatan, peruncitan serta makanan dan minuman antara yang paling terkesan, terutama melibatkan jadual penghantaran dan pengurusan stok barangan mudah rosak.
Samenta turut memetik dapatan kajian oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) yang mencadangkan produktiviti ekonomi mencapai tahap optimum dengan kira-kira 10 hari cuti umum setahun, manakala lebihan cuti berpotensi menjejaskan prestasi ekonomi akibat gangguan operasi.
William berkata Malaysia sudah pun mencatatkan antara bilangan cuti umum tertinggi di rantau ini, dan penambahan cuti yang tidak dirancang boleh menjejaskan daya saing negara sebagai destinasi pelaburan.
Sehubungan itu, Samenta menggesa kerajaan menyemak semula Akta Hari Kelepasan 1951, khususnya Seksyen 8, bagi mengehadkan kuasa mengisytiharkan cuti umum secara ad-hoc kecuali dalam situasi kecemasan negara atau peristiwa luar biasa.
Persatuan itu juga mencadangkan tempoh notis minimum enam bulan bagi sebarang cuti tambahan bukan kecemasan supaya perniagaan dapat membuat persediaan lebih awal.
“PMKS bersedia untuk terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, namun dasar dan mesej yang disampaikan perlu selari dengan realiti operasi perniagaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#SAMENTA
#perniagaan
#hari kelepasan am
#cuti umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan