awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CyberSecurity Malaysia, CGSO jalin kerjasama perkasa bidang keselamatan siber

Bernama
Bernama
02/11/2022
00:15 MYT
CyberSecurity Malaysia, CGSO jalin kerjasama perkasa bidang keselamatan siber
Amirudin berkata MoU kali ini bakal memberi fokus kepada pembangunan kompetensi pegawai kerajaan dalam memperkukuhkan keselamatan siber. -Bernama
CYBERJAYA: CyberSecurity Malaysia (CSM) menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) bagi memperkasakan bidang keselamatan dan pembangunan kepakaran siber.
Kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara CSM dan CGSO semalam, merupakan satu usaha bagi memperkukuhkan prasarana keselamatan siber negara.
Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata MoU kali ini bakal memberi fokus kepada pembangunan kompetensi pegawai kerajaan dalam memperkukuhkan keselamatan siber.
"Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui adalah Program Kesedaran dan Latihan, Program Pembangunan Personel CGSO berdasarkan Amalan Terbaik, Pendedahan Bagi Pensijilan Keselamatan Siber dan Pengurusan Insiden Keselamatan Siber," katanya pada majlis pemeteraian MoU itu di sini.
Menurut Amirudin, perkembangan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan, internet benda , analisis data raya dan blok rantai telah mewujudkan satu dunia tanpa sempadan namun dilihat membuka ruang kepada ancaman keselamatan negara untuk dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan CGSO Rahimi Ismail berkata Jawatankuasa Kerja Bersama akan ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah CGSO dan Ketua Pegawai Eksekutif CSM secara silih berganti bagi mengukuhkan pelaksanaan MoU berkenaan.
"Ahli Kumpulan Kerja Spesifik juga akan dilantik dalam melaksana dan menjayakan Memorandum Persefahaman ini dengan mengadakan mesyuarat secara berkala," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan siber
#CyberSecurity Malaysia
#CGSO
#Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
#amirudin abdul wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan