awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Bloomberg: PDRM sudah ambil tindakan siasat individu terkait - Anwar

Bernama
Bernama
15/10/2024
04:40 MYT
Dakwaan Bloomberg: PDRM sudah ambil tindakan siasat individu terkait - Anwar
Anwar ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli yang ingin tahu kesediaan kerajaan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Bloomberg. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan termasuk memanggil wakil Bloomberg, berhubung dakwaaan agensi berita antarabangsa itu mengenai campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Anwar berkata susulan itu, beliau menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan perundangan yang bersesuaian.
"Setakat ini tindakan perundangan sedang diteliti kerana PDRM telah terima laporan dan telah ambil beberapa tindakan termasuk (memanggil) wakil Bloomberg dan individu terkait pada 1, 8, dan 11 Okt lalu ...tindakan, tunggu laporan dan sekiranya didapati kesalahannya nyata, itu keputusan Peguam Negara untuk mendakwa.
"SPRM sendiri telah buat kenyataan tegas menafikan tohmahan tersebut, kerana apa berlaku hanyalah arahan umum yang saya lakukan termasuk di Parlimen bahawa saya mahu SPRM, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), PDRM dan badan penguat kuasa lain bertindak tegas memerangi rasuah secara tegas, tanpa tolak ansur," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu kesediaan kerajaan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Bloomberg, berhubung dakwaan campur tangan Perdana Menteri dalam siasatan SPRM sehingga mencemarkan imejnya dalam memerangi rasuah.
Topic Berkaitan
#Bloomberg
#Anwar Ibrahim
#SPRM
#campur tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan