awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan ceroboh semasa liputan: MMM pandang serius penangkapan wartawan

Astro AWANI
Astro AWANI
30/03/2026
16:40 MYT
Dakwaan ceroboh semasa liputan: MMM pandang serius penangkapan wartawan
Majlis Media Malaysia menegaskan dalam banyak keadaan, kerja kewartawanan termasuk berada di lokasi kejadian, membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat adalah sebahagian daripada fungsi sah media dalam melaporkan isu kepentingan awam.
Majlis Media Malaysia (MMM) menegaskan, proses siasatan melibatkan seorang wartawan berhubung dakwaan menceroboh masuk ke tapak pembinaan kilang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim perlu dijalankan secara telus, profesional serta menghormati hak wartawan untuk menjalankan tugas tanpa gangguan atau tekanan tidak wajar.
MMM dalam kenyataan malam Isnin memaklumkan, sebarang tindakan terhadap wartawan mesti dinilai secara ketat berdasarkan prinsip keperluan serta kesepadanan dan adalah penting untuk membezakan dengan jelas antara pelanggaran undang-undang yang sebenar dan aktiviti kewartawanan yang sah.
“MMM menegaskan bahawa dalam banyak keadaan, kerja kewartawanan termasuk berada di lokasi kejadian, membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat adalah sebahagian daripada fungsi sah media dalam melaporkan isu kepentingan awam.
“Oleh itu, tafsiran “menceroboh” dalam konteks kerja liputan perlu diperjelaskan secara teliti agar tidak menjenayahkan tugas wartawan,” menurut kenyataan itu dan MMM menambah pihaknya akan terus memantau perkembangan kes tersebut.

MMM memaklumkan, kes berkenaan turut menimbulkan persoalan lebih luas mengenai ruang akses wartawan ke lokasi dan peristiwa berkepentingan awam serta keperluan garis panduan yang jelas antara pihak berkuasa dan pengamal media.

Media sebelum ini melaporkan seorang wartawan portal berita Tamil, Thinathanti, Kalidas Subramaniom ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berhubung dakwaan menceroboh ketika membuat liputan berkaitan pendatang tanpa izin.

Polis mengesahkan menahan 10 lelaki termasuk seorang wartawan portal bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menceroboh masuk ke tapak pembinaan kilang itu pada Rabu lepas.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Majlis Media Malaysia
#penangkapan wartawan
#dakwaan ceroboh
#liputan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan