awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB

Bernama
Bernama
29/11/2024
07:15 MYT
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
TNB meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. - FB TNB
KOTA BHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.
TNB dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan air di empangan berkenaan berada pada paras normal dan terkawal.
"TNB ingin memaklumkan bahawa mesej tular yang kononnya Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air adalah tidak benar.
"Pengurusan Stesen juga telah memaklumkan status terkini empangan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan Jawatankuasa Bencana Daerah Jeli," menurut kenyataan itu.
Justeru, TNB meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi TNB menerusi laman Facebook TNB CareLine atau X @Tenaga Nasional.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#TNB
#Empangan Pergau
#melepaskan air
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#Tular
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan