awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan herdik jurugambar: Saya tak cakap jurugambar media 'rubbish' - Mohamaddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
28/11/2019
12:07 MYT
Dakwaan herdik jurugambar: Saya tak cakap jurugambar media 'rubbish' - Mohamaddin
MOHAMADDIN: Baik kamu dengar betul-betul apa yang saya kata. - Gambar fail/BERNAMA
Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini menafikan mengherdik beberapa jurugambar dengan panggilan sampah (rubbish) dan bodoh (idiot).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu turut meminta media berkenaan untuk mendengar perkataannya dengan teliti sebelum membuat sebarang tuduhan.
"Mana ada. Saya tidak cakap begitu. Anda buktikan bila saya kata begitu. Baik kamu dengar betul-betul apa yang saya kata," katanya
Beliau berkata demikian selepas sidang media yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Terdahulu, media meminta penjelasan Mohamaddin yang dikatakan memanggil jurugambar dengan gelaran berkenaan.
Ia susulan insiden beliau didakwa mengherdik seorang jurugambar ketika gambarnya diambil.
Mohamaddin yang dikatakan tidak gembira gambarnya diambil mempertikaikan tindakan berkenaan.
Muhammadin dalam pada itu turut menjelaskan, menggelar seseorang dengan panggilan berkenaan bukan sikap dirinya sebagai seorang Ahli Parlimen.
Katanya, tindakan jurugambar yang mengejarnya ke tandas dan mengambil gambarnya juga seharusnya dihentikan.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#herdik jurugambar
#Jurugambar
#jurugambar media
#jurugambar media 'rubbish
#Menteri Pelancongan Seni dan Budaya
#Mohamaddin Ketapi
#rubbish
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan