awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan terdapat kubur 1Malaysia di Tanjung Agas tidak benar

Bernama
Bernama
22/04/2015
13:02 MYT
Dakwaan terdapat kubur 1Malaysia di Tanjung Agas tidak benar
Dakwaan kononnya terdapat sebuah kawasan 'perkuburan 1Malaysia' di Kampung Tanjung Agas di sini yang menjadi viral di laman sosial Facebook adalah tidak benar. -Gambar hiasan
Dakwaan kononnya terdapat sebuah kawasan 'perkuburan 1Malaysia' di Kampung Tanjung Agas di sini yang menjadi viral di laman sosial Facebook adalah tidak benar.
Ketua Kampung Ishak Ahmad berkata kawasan berkenaan, yang dikatakan menempatkan kubur orang Islam, Cina dan penganut Kristian, tidak wujud seperti didakwa.
"Kami telah melakukan siasatan sebaik menerima berita berkenaan dan setakat ini saya sahkan kawasan perkuburan itu tidak terdapat di sini.
"Di Tanjung Agas ini terdapat hanya dua tanah perkuburan Islam dan kami tidak menjumpai mana-mana kubur yang lain apatah lagi seperti yang didakwa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rakaman video mengenai kawasan perkuburan itu berdurasi selama lebih dua minit. dimuat naik dalam laman sosial pada 19 April lalu.
Ishak berkata sejak klip video itu tersebar, banyak pihak telah menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.
Sehubungan itu Ishak menasihati orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat kerana ia boleh memberikan perspektif tidak sihat dalam negara yang berbilang kaum.
Topic Berkaitan
#Ishak Ahmad
#Kampung Tanjung Agas
#kubur
#perkuburan 1Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan