awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'DAP jangan runtuhkan kredibiliti Tabung Haji' - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2016
05:48 MYT
'DAP jangan runtuhkan kredibiliti Tabung Haji' - Syed Ali
SYED ALI: TH setakat ini dilaporkan tidak bermasalah dan masih mendapat keyakinan daripada para pelabur dan pendeposit. - Gambar fail
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi amaran kepada DAP agar tidak mencampuri urusan pendeposit dalam Lembaga Tabung Haji (TH).
Tegasnya, DAP juga diminta tidak cuba campur tangan dalam urusan yang bersangkut dengan kepentingan orang Melayu dan umat Islam.
"Jangan cuba hendak menjadi jaguh yang tak diundang. TH masih relevan dan kekal kukuh sebagai instutusi yang menjaga kepentingan orang Melayu terutama bersabit dalam urusan menunaikan ibadat haji.
"Apabila DAP cuba mencampuri urusan TH, seolah-olah mereka ada agenda tersendiri untuk menjahanamkan institusi berkeaan yang sekali gus akan merugikan orang Melayu," katanya dalam catatan terbaru di laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Sebelum ini, Timbalan Bendahari Agong DAP Nga Kor Ming meminta DAP menuntut audit menyeluruh dan telus ke atas penyata kewangan TH yang menunjukkan kerugian sebanyak RM351 juta.
Kata Kor Ming, audit yang telus adalah wajib untuk menjamin supaya wang simpanan lapan juta umat Islam di Tabung Haji terjamin dan tidak terjejas.
BACA: Tabung Haji mampu bayar dividen 'memberangsangkan' - Abdul Azeez
BACA: Simpanan di Tabung Haji selamat, bonus diumum Februari
Syed Ali turut mengingatkan parti itu supaya menjauhi isu yang menyetuh TH yang selama ini terbukti amat berkepentingan kepada orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Saya naik ingatkan DAP, jangan cuba jadi penghasut dan menabur racun untuk merosakkan keyakinan pendeposit TH dengan mereka pelbagai kenyataan yang mengelirukan.
"Saya kesal kerana DAP secara tidak langsung seperti cuba mencampuri urusan TH dengan mengeluarkan kenyataan meragukan menerusi laman-laman sosial.
"DAP seolah-olah seperti cuba mempengaruhi orang Melayu supaya tidak lagi mempercayai peranan dan kredibiliti TH," ujarnya.
Mengulas lanjut, Syed Ali memberitahu, TH setakat ini dilaporkan tidak bermasalah dan masih mendapat keyakinan daripada para pelabur dan pendeposit.
"Tidak ada apa yang berlaku sehingga menjejaskan keyakinan pendeposit, TH masih relevan dan masih mampu membayar dividen kepada ahlinya.
"Ini semua niat jahat DAP, mereka mahu runtuhkan keyakinan orang Melayu terhadap TH yang membabitkan kepentingan umat Islam," tegasnya.
Syed Ali mendakwa, DAP akan menggunakan apa sahaja untuk menghancurkan penyatuan dan perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Oleh sebab itu, DAP cuba campur tangan adalam isu TH, walhal tiada sebarang kecelaruan yang berlaku dalam institusi berkenaan," ujarnya.
Rizab Tabung Haji pada paras negatif adalah tidak benar
Topic Berkaitan
#DAP
#Melayu
#Tabung Haji
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan