awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP Selangor nyatakan sokongan padu untuk Anwar

Teoh El Sen
Teoh El Sen
29/01/2014
01:48 MYT
DAP Selangor nyatakan sokongan padu untuk Anwar
DAP Selangor mengesahkan sokongan tidak berbelah bagi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Kajang.
“Sebagai rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat, DAP Selangor akan memberi segala bantuan dan sokongan kepada PKR bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya kecil nanti, dan tidak akan mengabaikan atau lebih teruk lagi, mengkhianati mereka ketika mereka sangat memerlukan,” kata Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media lewat malam semalam.
Speaker Selangor, Hannah Yeoh pada Isnin mengumumkan perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang sekaligus membuka jalan untuk satu lagi pilihan raya kecil.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai calon bagi kerusi tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagaimanapun mengakui tidak mengetahui tentang perletakan jawatan serta pencalonan itu dan mengetahui perkara itu menerusi media.
Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah atas pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, semalam.
DAP Selangor bagaimanapun menyatakan penerimaan mereka terhadap ‘penyertaan’ Anwar di Selangor dan DAP mahu memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam menjadikan Selangor lebih maju.
"Jika kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor Pakatan boleh membantu memainkan peranan utama dalam membawa kita ke tahap yang lebih tinggi, maka Selangor akan menjadi contoh yang sangat baik untuk diikuti negeri-negeri lain," kata Pua.
Topic Berkaitan
#adun kajang
#Anwar Ibrahim
#DAP
#DAP Selangor
#Keadilan
#PAS
#PKR
#Selangor
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan