awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu

Bernama
Bernama
21/03/2024
10:42 MYT
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
Lee meninggal dunia pagi tadi selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas. - Gambar FB Lee Kee Hiong
SHAH ALAM: DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han berkata jawatankuasa yang ditubuhkan bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga mendiang itu akan diketuai oleh beliau sendiri dan dikoordinasi oleh Pemangku Ketua Wanita DAP Selangor Yeo Bee Yin.
"DAP Selangor berdukacita di atas pemergian Lee Kee Hiong, ADUN Kuala Kubu Baru pagi ini. Mendiang merupakan seorang wakil rakyat dan pemimpin wanita yang berprinsip dan berdedikasi.
"Mendiang telah menyandang kerusi DUN Kuala Kubu Baharu lebih 10 tahun. Pemergian mendiang adalah satu kehilangan yang amat besar kepada DAP Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ng berkata sebarang perkembangan mengenai upacara pengebumian akan dimaklumkan kemudian.
Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Lau Weng San ketika dihubungi berkata secara teknikal pihaknya masih menunggu pengesahan daripada hospital berhubung pemergian ADUN Kuala Kubu Baharu itu.
Beliau berkata pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN kawasan itu hanya akan dibuat selepas mendapat pengesahan daripada pihak hospital.
Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Lee sambil mengimbau kenangan bersama mendiang yang dikenalinya sejak 1988.
Wee berkata beliau mengenali mendiang ketika sama-sama menjadi pemimpin mahasisiwa dan menyertai Kem Kepimpinan Mahasiswa Nasional di Pulau Pinang.
"Walaupun Kee Hiong menyertai DAP dan saya pula menganggotai MCA, tetapi itu bukan penghalang kepada persahabatan kami. Sebagai sahabat, sudah tentu saya juga terasa dengan pemergian mendiang.
"Sumbangan beliau kepada masyarakat khususnya di Selangor pasti dikenang! Tentunya khidmat beliau selaku ADUN selama beberapa penggal mencipta banyak memori khususnya buat masyarakat setempat," katanya menerusi catatan di Facebook.
Penyelaras Parlimen Hulu Selangor Dr N Sathia Prakash pula menerusi hantaran di Facebook berkata mendiang bukan nama asing bagi masyarakat di Hulu Selangor.
Beliau berkata keazaman dan kehebatan mendiang sewaktu membantu PKR semasa Pilihan Raya Umum yang lalu amat mereka hargai.
"Terima Kasih YB, jasamu sentiasa dikenang. Dulu, kini dan selamanya iron Lady Hulu Selangor," menurut hantaran itu.
Lee, 58, yang menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 meninggal dunia pagi tadi selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#ADUN Kuala Kubu Baharu
#DAP
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan