awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP ulangi pendirian bukan anti-Melayu

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2012
12:40 MYT
DAP ulangi pendirian bukan anti-Melayu
Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini mengulangi pendirian mereka bahawa parti itu bukan anti-Melayu.
Setiausaha agong parti tersebut, Lim Guan Eng berkata keputusan pemilihan jawatan kuasa pusat tertinggi parti yang menolak calon Melayu tidak bermakna kaum itu dipinggirkan.
Menurut Guan Eng, keputusan pemilihan dibuat oleh perwakilan dan DAP menghormati keputusan mereka.
“Kita menerima keputusan yang dibuat oleh perwakilan... kita menerimanya di kongres kebangsaan,” kata beliau dalam satu sidang media pada Isnin.
Beliau turut menolak laporan akhbar dan kenyataan pemimpin politik yang menyifatkan DAP hanya mementingkan perjuangan satu kaum.
“Saya rasa ini demokrasi dan kita tidak mengawal pilihan perwakilan,” kat Guan Eng lagi.
Beliau yang kesal dengan perkara itu menambah, DAP komited dengan semangat perpaduan pelbagai bangsa.
Sementara itu, penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui terdapat kelemahan dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) kerana kegagalan calon Melayu dalam pemilihan parti.
Bagaimanapun beliau tetap menegaskan, DAP bukan parti rasis.
Pada kongres DAP kebangsaan ke-16 baru-baru ini dua wakil Melayu dilantik ke dalam jawatankuasa berkenaan selepas lapan daripada calon Melayu bertanding tidak mendapat tempat pada pertandingan tersebut.
Topic Berkaitan
#DAP
#Lim Guan Eng. kongres kebangsaan ke-16
#perwakilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan