awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar, YDP Majlis Daerah, jangan sibuk berpolitik - titah Sultan Johor

Atiqah Ismail
Atiqah Ismail
26/02/2018
10:50 MYT
Datuk Bandar, YDP Majlis Daerah, jangan sibuk berpolitik - titah Sultan Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan Datuk Bandar dan semua Yang Dipertua Majlis Daerah di negeri Johor untuk tidak terlibat dengan politik.-Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan Datuk Bandar dan semua Yang Dipertua Majlis Daerah di negeri itu untuk tidak terlibat dengan politik.
Sultan Ibrahim mahu mereka memberi fokus sepenuhnya kepada hal pentadbiran dan pengurusan selain mengutamakan kebajikan rakyat.
"Anda semua adalah penjawat awam negeri Johor (JCS) dan perlu sentiasa memberi tumpuan kepada soal pentadbiran serta penguatkuasaan. Jangan terlibat atau campur dalam politik.
"Sebagai penjawat awam anda semua mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama memajukan negeri Johor serta kawasan pentadbiran masing-masing di samping mengutamakan masalah rakyat," titah Baginda.
Selain itu, Tuanku Sultan bertitah mahu Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis Daerah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi agar kepentingan rakyat dapat direalisasi dengan jaya.
"Tumpukan perhatian pada kawasan pentadbiran masing-masing termasuk soal keindahan, kebersihan, pemasangan papan tanda. Jika ada pelan pembangunan projek dikemukakan sila teliti secara terperinci.
"Pastikan pelan pembangunan itu menepati ciri-ciri yang diperlukan antaranya soal lanskap, keselamatan, kualiti jalan raya, laluan pejalan kaki dan basikal. Ini semua membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhan," titah Baginda lagi.
Baginda bertitah di dalam satu pertemuan di Kelab Polo DiRaja Johor, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.
Dalam pada itu, Tuanku Sultan Ibrahim turut bertitah mahu Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis Daerah supaya membentangkan laporan mengenai keindahan setiap daerah serta mengemukakan cadangan mengenai pembangunan serta kemajuan negeri kepada Baginda dalam tempoh terdekat.
Topic Berkaitan
#Datuk Bandar
#Facebook
#jangan libat politik
#JCS
#Johor
#penjawat awam negeri
#Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
#Yang Dipertua Majlis Daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan