awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk cabul cucu tiri dipenjara 8 tahun, 4 sebatan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
21/12/2020
10:16 MYT
Datuk cabul cucu tiri dipenjara 8 tahun, 4 sebatan
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 7 November lalu. -Gambar/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU:Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana melakukan amang seksual terhadap cucu tirinya berusia lapan tahun.
Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 59 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 377ca Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa di pondok rehat sebuah taman permainan di Dungun, pertengahan Oktober lalu.
Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa di sebuah rumah di Dungun, pada jam 4 petang, 4 November lalu.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 37CA Kanun keseksaan.
Selain itu mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 7 November lalu.
Tertuduh juga diarahkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Datuk
#cabul
#cucu tiri
#terengganu
#Kuala Terengganu
#dipenjara
#Mahkamah Sesyen
#sebatan
#amang seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan