awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL kunci air penduduk PA, PPR culas bayar sewa

Sinar Harian
Sinar Harian
14/11/2023
04:20 MYT
DBKL kunci air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
Tindakan tegas itu dilakukan terhadap penyewa degil yang tidak mengendahkan notis peringatan yang dikeluarkan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan operasi kunci air terhadap penduduk Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membawa sewa.
DBKL berkata, penguatkuasaan yang sebelum ini dilaksanakan PPR Perkasa dan Sri Alam kini diteruskan ke PPR Muhibbah dan Batu Muda.
Menurutnya, tindakan tegas itu dilakukan terhadap penyewa degil yang tidak mengendahkan notis peringatan yang dikeluarkan.
"Sebelum tindakan ini diambil, pihak DBKL telah melakukan pelbagai cara bagi mengingatkan para penyewa untuk membayar tunggakan sewa yang ada.
"Notis peringatan sudah dikeluarkan, pertemuan bersemuka sudah dibuat bagi para menyewa berbincang dan melakukan penstrukturan pembayaran, malah pihak DBKL juga telah membuka kaunter bergerak bagi memudahkan urusan dalam membayar tunggakan sewa," katanya menerusi kenyataan di Facebook.
DBKL berkata, penyewa yang dikenakan tindakan dikehendaki menjelaskan tunggakan sewa bagi membuka kunci air tersebut.
Pada masa sama, DBKL mengingatkan penyewa yang masih mempunyai tunggakan diminta menyegerakan pembayaran bagi mengelak dikenakan tindakan sama.
"Masih ada masa untuk menjelaskan tunggakan tersebut atau berjumpa dengan pihak DBKL untuk berbincang mengenai kaedah terbaik dalam menyelesaikan tunggakan tersebut.
"Operasi ini akan diteruskan di kawasan PA/PPR yang lain dari semasa ke semasa. Ingat, bayar sewa, jelas tunggakan, elak tindakan," ujar kenyataan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#PPR
#penyewa tak bayar sewa
#tindakan kunci air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan