awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL perkenal surau bergerak mudahkan pengunjung tunaikan solat

Bernama
Bernama
25/09/2022
07:32 MYT
DBKL perkenal surau bergerak mudahkan pengunjung tunaikan solat
Mahadi Che Ngah berkata, surau bergerak menggunakan lori seberat 10 tan itu dilengkapi pendingin hawa serta tempat wuduk yang mampu menampung keperluan 600 jemaah.
KUALA LUMPUR: Pengunjung program luar di sekitar ibu negara kini lebih mudah menunaikan solat menerusi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengubah suai satu unit pejabat bergeraknya sebagai surau bergerak.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, surau bergerak menggunakan lori seberat 10 tan itu dilengkapi dengan pendingin hawa serta tempat wuduk dengan kapasiti tangki air 900 liter yang mampu menampung keperluan 600 jemaah.
"Pada satu-satu masa, surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.
"Surau bergerak ini boleh diparkir di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancarannya di sini hari ini.
Pada majlis itu, turut dilancarkan kenderaan baharu bagi Skuad Penyelamat DBKL iaitu Rapid Response Vehicle (RRV) yang dilengkapi peralatan kecemasan seperti mesin pemotong besi, gergaji dan pakaian anti lebah.
Ia akan digunakan untuk memberi bantuan kecemasan bencana alam apabila terdapat pokok tumbang atau objek yang menghalang laluan awam selain menangani masalah gangguan binatang liar dan berbisa seperti ular, lebah dan tebuan.
"DBKL sudah ada persefahaman antara agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekiranya melibatkan ancaman haiwan berbisa dan tidak melibatkan nyawa, Skuad Penyelamat DBKL akan memberi bantuan segera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#surau bergerak
#DBKL
#Mahadi Che Ngah
#kemudahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan