awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKU batal pembukaan bazar Ramadan di Satok, Sukma Ria dan Semarak

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2021
12:08 MYT
DBKU batal pembukaan bazar Ramadan di Satok, Sukma Ria dan Semarak
Terdahulu pada 25 Mac lepas, JPBN Sarawak membenarkan operasi bazar Ramadan di seluruh negeri itu dengan mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan. FOTO: Facebook / PBB Pantai Damai
KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini mengambil keputusan untuk membatalkan operasi bazar Ramadan di Satok, Sukma Ria dan Semarak.
Keputusan dicapai selepas mengambil kira peningkatan kes positif COVID-19 di Sarawak sejak kebelakangan ini.
Menurut Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, keputusan ini perlu diambil bagi mengelak kemungkinan berlakunya semula penularan COVID-19.
“Kita prihatin dengan keselamatan serta kesihatan masyarakat setempat terutama warga Kuching.
“Maka kita mengambil keputusan yang drastik untuk tidak meneruskan bazar Ramadan di ketiga tiga kawasan yang telah kita umumkan ini,” katanya.
Ketiga-tiga Kawasan ini merupakan tapak pilihan penganjuran bazar Ramadan setiap tahun namun penganjurannya dihentikan sejak tahun lalu susulan penularan COVID-19.
Terdahulu pada 25 Mac lepas, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan operasi bazar Ramadan di seluruh negeri itu dengan mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.
Malah sebelum operasi bermula, semua pemilik premis dikehendaki mendapatkan kelulusan JPBN Sarawak.
Pada Rabu, Sarawak melaporkan pertambahan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 332 kes.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 18,496 kes.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#Ramadan di Sarawak
#DBKU Sarawak
#kes COVID-19
#COVID-19 di Kuching
#COVID-19 di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan