awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat 1MDB: Pakatan Harapan bermesyuarat, cari pengganti Tony Pua

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
04/11/2015
05:49 MYT
Debat 1MDB: Pakatan Harapan bermesyuarat, cari pengganti Tony Pua
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata jika Tony meneruskan perdebatan tersebut, berkemungkinan kedudukan beliau sebagai wakil DAP di dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan terjejas. - Gambar Fail
Pakatan Harapan akan bermesyuarat pada 2.30 petang ini bagi mencari pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata jika Tony meneruskan perdebatan tersebut, berkemungkinan kedudukan beliau sebagai wakil DAP di dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan terjejas.
"Kami rasa bahawa perbahasan ini boleh diteruskan. Sekiranya YB PJU meneruskan perbahasan, maka kedudukan beliau sebagai ahli PAC akan terancam.
"Tanpa beliau kami (DAP) akan kurang ahli PAC dan saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku," kata Guan Eng di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Guan Eng, ketiga-tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengemukakan cadangan nama masing-masing pada Mesyuarat Ketua-Ketua Sekretariat Pakatan Harapan hari ini.
Ditanya bilakah keputusan mesyuarat tersebut akan diumumkan, Guan Eng berkata Pakatan Harapan akan mengumumkannya lewat hari ini atau esok.
Selain itu, Guan Eng menegaskan walaupun dalam tempoh sesingkat ini, beliau yakin individu yang akan menggantikan Tony mampu berdebat bersama Arul.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Arul Kanda Kandasamy
#Lim Guan Eng
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan