awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deepavali: Masyarakat disaran isi borang balik kampung, VSP

Bernama
Bernama
08/11/2023
01:30 MYT
Deepavali: Masyarakat disaran isi borang balik kampung, VSP
Setakat ini, Polis Melaka telah menerima 39 maklum balas pergerakan balik kampung menerusi VSP dan telah memberikan borang kepada wakil penduduk untuk diedarkan kepada komunitinya. - Gambar fail BERNAMA
MELAKA: Masyarakat diminta menggunakan sebaik mungkin inisiatif Borang Maklum Balas Balik Kampung bagi memudahkan pihak berkuasa melaksanakan pemantauan dan rondaan secara kerap di kediaman atau premis yang ditinggalkan sepanjang tempoh cuti perayaan Deepavali.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata selain mengisi borang yang boleh didapati di balai polis berhampiran, orang ramai juga boleh memaklumkan pergerakan meninggalkan kediaman dan premis melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
"Setakat ini, pihak kami telah menerima 39 maklum balas pergerakan balik kampung menerusi VSP dan kita juga telah memberikan borang kepada wakil penduduk untuk diedarkan kepada komunitinya yang bercadang balik ke kampung semasa Deepavali nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2023 di Kampung Chetti Gajah Behrang di sini malam tadi.
Zainol berkata sejak kempen itu dilaksanakan pada 2021, polis Melaka menerima sebanyak 108 maklum balas dan jumlah itu meningkat pada tahun berikutnya dengan 135 maklum balas menerusi kedua-dua medium, namun tiada laporan diterima berkaitan kes pecah masuk menerusi kempen itu sejak ia dijalankan.
Dalam pada itu, beliau berkata penyertaan komuniti secara aktif dan kejiranan yang kukuh sangat penting dalam mengawal kegiatan jenayah serta keselamatan di kawasan masing-masing terutama ketika musim perayaan.
"Sebab itulah pentingnya hidup bermasyarakat kerana budaya ini akan membentuk komuniti yang prihatin, penyayang dan bertoleransi yang secara tidak langsung akan menutup segala ruang dan peluang berlakunya jenayah dalam masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VSP
#Deepavali
#Polis Melaka
#balik kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan