awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara bahas usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah petang ini

Bernama
Bernama
07/09/2020
04:37 MYT
Dewan Negara bahas usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah petang ini
RAIS: Saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan mengikut Peraturan 17(3). - Gambar fail
Dewan Negara membenarkan usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah dibahaskan petang ini, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata usul itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17(3) dengan pihak pencadang dibenarkan untuk membahas tidak melebihi 30 minit dan pihak kerajaan untuk menjawab dalam tempoh yang sama.
Katanya, bagi membolehkan perkara itu ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan itu memenuhi tiga syarat iaitu bahawa perkara itu tertentu; bagi kepentingan orang ramai; dan berkehendak disegerakan perkara tersebut.
“Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa dalam skop tertentunya, perkara ini adalah perkara tertentu. Kedua adakah ia merupakan kepentingan orang ramai? Benar, ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Bukan sahaja di negeri Sabah tapi di tanah air Malaysia tercinta.
“Ketiga, adakah ia berkehendak kepada tindakan disegerakan? Benar perkara ini perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan mengikut Peraturan 17(3). Usul ini akan dibahaskan petang ini pada 7 Sept di dalam dewan ini,” katanya dalam persidangan Dewan Negara hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahas
#Dewan Negara
#Filipina
#Rais Yatim
#Sabah
#tuntutan
#usul tergempar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan