awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus pindaan AUKU

Bernama
Bernama
20/12/2018
13:08 MYT
Dewan Negara lulus pindaan AUKU
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata satu jawatankuasa akan melaksanakan beberapa penukaran terhadap undang-undang ini / Gambar Fail
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018 yang bertujuan memansuhkan peruntukan yang menghalang penuntut universiti terlibat dalam aktiviti parti politik dalam kampus.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa kerja yang berperanan menyediakan input dan draf kandungan baharu bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dengan satu akta baharu menjelang 2020.
"Jawatankuasa ini juga akan menyelaras laporan berkala dan melakukan pembentangan kepada Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan, Pemansuhan dan Pindaan AUKU.
"Manakala Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan, Pemansuhan dan Pindaan AUKU pula berperanan menyelaras, mengkaji dan menyemak peruntukan berkaitan yang terdapat dalam AUKU secara menyeluruh dan mengemukakan laporan kepada jawatankuasa induk.
"Kesemua ahli jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli akademik, bukan akademik, penasihat undang-undang, wakil pelajar dan wakil persatuan yang merupakan pemegang taruh universiti awam dan swasta negara ini," katanya.
Pada 10 Dis lepas, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila meluluskan dengan sebulat suara pindaan terhadap AUKU 1971 yang membenarkan mahasiswa aktif berpolitik.
Topic Berkaitan
#AUKU
#Dewan Negara
#politik
#Rang Undang-Undang
#Teo Nie Ching
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan