awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Hasbullah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/11/2020
02:32 MYT
Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Hasbullah
Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada usia 63 tahun akibat sakit jantung semalam.
KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat hari ini merakam ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman di atas pemergian beliau semalam.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, Allahyarham menjadi Ahli Dewan Rakyat sejak 2013 dan sumbangan beliau kepada negara amat dihargai.
"Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan amat aktif dalam urusan Parlimen.
"Allahyarham juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan ahli Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Allahyarham amat besar dan bermakna kepada negara,” katanya sebelum sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri bermula hari ini.
Azhar juga meminta Dewan Rakyat bertafakur mengikut amalan agama masing-masing selama seminit.
Beliau turut mengharapkan ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ketentuan Tuhan dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Allahyarham Hasbullah meninggal dunia pada usia 63 tahun, di Raub, Pahang semalam, akibat sakit jantung.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Hasbullah Osman
#Ahli Parlimen Gerik
#meninggal dunia
#Speaker
#Azhar Azizan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan