awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Tiada maklumat baharu untuk teruskan pencarian MH370

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/06/2023
14:10 MYT
Dewan Rakyat: Tiada maklumat baharu untuk teruskan pencarian MH370
Anthony Loke bagaimanapun menegaskan aspirasi untuk mencari pesawat itu, yang hilang pada 8 Mac 2014, tidak akan diabaikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Pengangkutan memaklumkan setakat ini tidak memperoleh sebarang maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh bagi membolehkan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 disambung semula.
Menerusi jawapan lisan di Dewan Rakyat, Menteri Pengangkutan Anthony Loke bagaimanapun menegaskan aspirasi untuk mencari pesawat itu, yang hilang pada 8 Mac 2014 tidak akan diabaikan.
“Sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh diperoleh, maka operasi pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan oleh Kerajaan.
“Sebarang perbincangan lanjut berhubung penyambungan semula operasi pencarian pesawat MH370 akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai, yang mungkin membawa kepada pencarian baharu bagi pesawat yang hilang itu,” katanya dalam jawapan tersebut yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.
Loke (PH-Seremban) menjawab pertanyaan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha mencari serpihan MH370 memandangkan terdapat syarikat “Ocean Infinity” yang memberi komitmen untuk meneruskan carian, dengan tiada fi yang akan dikenakan jika carian tidak berjaya.
Media sebelum ini melaporkan Loke berkata operasi pencarian bagi mengesan pesawat MH360 akan dijalankan semula sekiranya terdapat bukti baharu ditemui.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Pada Mei 2018, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memutuskan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi dihentikan memandangkan ia sudah memakan tempoh carian yang panjang.
Topic Berkaitan
#MH370
#bukti baharu
#misi pencarian
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan