awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dialog lakonan didakwa 'menghina' wanita, Maszlee mohon maaf

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/01/2023
10:00 MYT
Dialog lakonan didakwa 'menghina' wanita, Maszlee mohon maaf
Maszlee memohon maaf khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog kasar dan tidak bersesuaian dalam siri drama Kudeta.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memohon maaf khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog kasar dan tidak bersesuaian dalam siri drama Kudeta, yang dilakonkannya.
Maszlee, yang melakonkan watak bekas perdana menteri yang dipenjarakan dalam siri berkenaan, mengakui kesal dengan penggunaan ayat yang tidak sepatutnya diucapkan.
Kata Maszlee, beliau sedar impak karya seni seperti filem dan drama dalam menyampaikan sesuatu mesej, namun tidaklah sehingga menyinggung atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
"Saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak perdana menteri jahat di penjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya, yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.
"Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Dalam drama tersebut, watak yang dipegang Maszlee, Jamal Banna, mengungkapkan dialog yang berbaur penghinaan kepada kaum wanita, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak memandangkan latar belakang Maszlee sebagai bekas menteri yang memegang portfolio pendidikan.
Justeru, Maszlee berharap pihak penerbit dapat menapis babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak.
"Saya juga mengajak rakyat sekalian untuk menonton siri Kudeta yang merupakan drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi. Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Maszlee Malik
#kudeta
#dialog
#lakonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan