awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dilabel zoo, Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen jaga kelakuan

Bernama
Bernama
16/02/2023
05:15 MYT
Dilabel zoo, Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen jaga kelakuan
Datuk Ramli Mohd Noor menegur Ahli-Ahli Parlimen agar sentiasa menjaga kelakuan dan etika bagi mengelak persepsi negatif berterusan masyarakat. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor menegur Ahli-Ahli Parlimen agar sentiasa menjaga kelakuan dan etika bagi mengelak persepsi negatif berterusan masyarakat.
Berkongsi pengalaman ketika ke sebuah restoran semalam, beliau berkata, terdapat individu yang melabelkan persidangan Parlimen sebagai 'zoo'.
"Ingin saya ingatkan kepada adab semasa dalam dewan, saya ingatkan juga we are live (bersiaran langsung). Semalam saya ke kedai mamak, ini berlaku, mereka mengenali saya (dan bertanya) YB, bagaimana zoo?, saya terkejut.
"Inilah tanggapan masyarakat di luar sana. Jadi saya ingatkan, berpeganglah pada etika dan budi pekerti," katanya selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Ramli turut menegur Ahli-Ahli Parlimen yang mengadakan 'mesyuarat kecil' ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.
Katanya, mengikut Perkara 41 (e) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, ketika seseorang ahli itu bercakap, semua ahli yang lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang beradab. - BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Parlimen sebagai zoo
#Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
#Ramli Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan