awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Hubungan Malaysia-Thailand diperkukuh melalui diplomasi budaya - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia - PKR

Astro AWANI
Astro AWANI
08/03/2026
15:11 MYT
Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia - PKR
Dr Maszlee berkata pendekatan diplomasi yang bersifat berhati-hati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan strategi cermat oleh kerajaan. - Gambar fail/Bernama
Biro Hal Ehwal Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sokongan penuh terhadap pendekatan diplomasi tidak menonjol yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani konflik melibatkan Iran dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Pengerusinya, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan berkata, pendekatan diplomasi yang bersifat berhati-hati itu mencerminkan strategi cermat oleh kerajaan.
“Walaupun kami memahami gesaan supaya Malaysia mengambil pendirian yang lebih lantang, namun strategi Perdana Menteri melalui penglibatan secara tenang juga bersesuaian.
"Perkara itu dizahirkan menerusi panggilan peribadi beliau kepada Menteri Luar Iran bagi menggesa supaya masih ada kesabaran, ia terbukti berkesan untuk meredakan ketegangan.
“Pendekatan ini mengekalkan kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara yang menumpukan kepada dialog, kedudukan berkecuali strategik negara dengan semua kuasa besar, serta memelihara hubungan penting negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC)," jelasnya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya lagi, langkah itu menghormati proses berasaskan konsensus ASEAN serta usaha pengimbangan yang bersifat sensitif oleh pemain serantau.
“Pengaruh sebenar tidak diukur melalui kekuatan suara tetapi melalui hasil yang dicapai.
"Diplomasi Malaysia yang sabar dan berprinsip mencerminkan kematangan kepimpinan negara dalam memperjuangkan keamanan serta melindungi kepentingan nasional,” katanya.
Pada Jumaat, Anwar mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi bagi membincangkan perkembangan serantau di Asia Barat.
Menurut Kementerian Luar Iran, semasa panggilan itu Anwar merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Pemimpin Agung negara itu Ayatollah Ali Khamenei serta rakyat Iran yang terkorban dalam AS dan Israel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan