awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskaun 50 peratus saman dilanjut hingga Khamis ini

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2021
04:11 MYT
Diskaun 50 peratus saman dilanjut hingga Khamis ini
Lebih RM73 juta bayaran saman dikutip menerusi aplikasi MyBayar Saman dalam tempoh 18 hari sejak ia dilancarkan pada 25 Mac lalu.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus menerusi aplikasi MyBayar Saman.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tempoh lanjutan sehingga Khamis itu dibuat atas sambutan yang menggalakkan dan permintaan orang awam.
"JSPT melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus sehingga 15 April (Khamis) menerusi MyBayar Saman," katanya pada Isnin.
Mengulas lanjut, Azisman berkata, lebih RM73 juta bayaran saman dikutip menerusi aplikasi MyBayar Saman dalam tempoh 18 hari sejak ia dilancarkan pada 25 Mac lalu.
Katanya, jumlah itu membabitkan sebanyak 659,998 saman yang dibayar, lapor Sinar Harian.
"Sebanyak 56,909 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM6.28 juta pada semalam (Ahad)," katanya.
Tambah Azisman, seramai 708,030 pengguna telah berdaftar dengan aplikasi terbabit.
Pada 25 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tawaran sempena sambutan Hari Polis ke-214 itu akan bermula pada 25 Mac hingga 11 April.
Kata Abdul Hamid, semua jenis kompaun saman diberikan diskaun 50 peratus sehingga 11 April ini kecuali enam kesalahan utama iaitu memotong garis kembar, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju ditetapkan di lebuh raya, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak berhenti di lampu isyarat.
Topic Berkaitan
#polis
#PDRM
#diskaun
#MyBayar Sama
#JSPT
#Azisman Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan