awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditinggalkan ibu, mula bekerja di lorong usia 12 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2018
01:10 MYT
Ditinggalkan ibu, mula bekerja di lorong usia 12 tahun
Ebit Lew menerusi Instagram miliknya melahirkan rasa sebak ketika sesi hati ke hati bersama golongan Mak Nyah selama tiga hari dua malam di sebuah resort.
MULA bekerja di lorong seusia 12 tahun, ditinggalkan oleh ibu di tepi jalan, hanya ditemani sebotol susu, lima helai lampin bersama surat beranak.
Itu antara perkongsian komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersama penceramah bebas, Ebit Lew yang mengambil pendekatan bersama mereka dalam 'kem Mak Nyah'.
Menerusi Instagram peribadinya, Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau, melahirkan rasa sebak ketika sesi hati ke hati bersama golongan tersebut selama tiga hari dua malam di sebuah resort.
Katanya, salah seorang komuniti itu bernama Mas berusia 26 tahun telah kembali kepada jalan Allah dengan mengambil masa tiga hari sahaja malah kini telah mendirikan solat lima waktu tanpa gagal.
Bagaimanapun, perit hidupnya dilalui sendirian ketika usia masih kecil setelah ditinggalkan ibunya di tepi jalan sehingga dirinya kekeringan air mata.
Namun sinar cahaya hidupnya berubah setelah bertemu dengan Ustaz Ebit Lew, dan diisi dengan beribadah tanpa rasa jemu.
Kata Mas menerusi video di Instagram Ebit Lew, dia memberitahu telah mula memelihara solat dan timbul rasa rindu hendak bertemu ibu ayahnya walaupun tidak pernah berjumpa.
"Saya memang rindukan mak ayah walaupun tidak berjumpa. Sebelum ini memang tidak rasa rindu, tetapi bila saya mula solat, saya selalu rindu.
"Saya rasa mereka ada dekat dengan saya, saya ada simpan lagi surat beranak tetapi saya belum ada kekuatan untuk mencari mereka," katanya.
View this post on Instagram
Sebak dan akhirnya semua menangis... sesi hati ke hati bersama maknyah transgender 3hari 2malam. Ini malam pertama. Mas 26 tahun, kali pertama saya jumpa beberapa bulan lalu dan beri masa 3hari di jalan Allah. Kini solat 5 waktu.tak tinggal solat.. Ditinggalkan ibu dengan surat beranak, 5 helai lampin,susu.....mula kerja lorong dari umur 12 tahun. Bila mula jaga solat rasa rindu nak jumpa mak ayah walau tak pernah jumpa..semua tak tahan menangis rasa rindu pada Allah dan ingin menjadi anak yang baik..Allahuakbar..ramai yang hadir..solat fardhu dan qiamulail semua datang awal..Allahu..semua menangis bersama masa dalam tahaju. Ya Allah betul-betul kem kali ini. Betapa kita semua rindu kasih sayang Allah-ebitlew #23hingga25oktober2018 #kemMakNyah #videoPenuh di Fb ebit lew Atau link youtube ebitlew di bio #jemputKemRemajaCutiSekolah #9thn18tahun #selangorDanJB #daftarwww.transformjiwa.com
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Oct 23, 2018 at 7:41pm PDT
Selain itu, menerusi Facebook Wan Syafiq Wan Zahidi turut memuat naik video tersebut hingga tular di media sosial.
Sehingga artikel disiarkan, video berdurasi 2.05 minit itu meraih 173, 000 tontonan, 4,900 tanda suka, lebih 1,000 maklumbalas dan hampir 7,000 perkongsian dari netizen.
View this post on Instagram
Sebak ya Allah..saya kata pada anak muda ini.."el kita bertemu hari ini kerana doa mak ayah el" saya percaya ini semua kasih sayang Allah...EL dulu Pa Safiey Ilyas (sebelah safiey) menangis cerita betapa rasa rindu ibubapa dan adik beradik..bila diajak datang terlalu rindu nak belajar solat dan semua...masa sesi 1 program 3hari beliau menangis teresak-esak baca mesej ibunya gembira beliau datang belajar bersama saya..Allahu..saya doakan EL yer.Saya doakan mak ayah beliau dan semua adik beradik beliau sihat...ya Allah..bantulah semua yang hadir kali ini sebak dapat solat jemaah 5 waktu..qiamulail..aktiviti santai riadah..dan belajar solat,Al-Quran dan sunnah Nabi saw..belajar kerja dakwah..ya Allah tuhanku..terimalah...-ebitlew #kemTransgender #videoFullDiFb atau klik link youtube di bio... #prokidsCutiSekolah3hari2malam #www.transformjiwa.com
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Oct 23, 2018 at 11:08pm PDT
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#Facebook
#hati ke hati
#Instagram
#LGBT
#mak nyah
#media sosial
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan