awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dividen kukuh KWSP bukti kepimpinaan Kerajaan MADANI berada di landasan betul - Nga

Bernama
Bernama
01/03/2025
14:45 MYT
Dividen kukuh KWSP bukti kepimpinaan Kerajaan MADANI berada di landasan betul - Nga
Dalam memuji prestasi cemerlang KWSP, Nga berkata kestabilan politik yang dipupuk oleh kerajaan MADANI memainkan peranan penting dalam memulihkan keyakinan ramai terhadap daya tahan ekonomi Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dividen kukuh yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menunjukkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di landasan yang betul, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Dalam memuji prestasi cemerlang KWSP, Nga berkata kestabilan politik yang dipupuk oleh kerajaan MADANI memainkan peranan penting dalam memulihkan keyakinan ramai terhadap daya tahan ekonomi Malaysia.
Beliau turut merujuk pertumbuhan ekonomi Malaysia 5.10 peratus pada 2024, yang dianggapnya sebagai bukti pembangunan yang cukup memberangsangkan.
"Sejak kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran negara, usaha untuk mengukuhkan ekonomi negara telah menjadi keutamaan, dengan matlamat utama untuk meningkatkan kesejahteraan semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan pulangan memberangsangkan yang diisytihar KWSP hari ini, sebagai pengiktirafan terhadap dasar-dasar dan komitmen kerajaan, serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan kesejahteraan terus dinikmati menerusi dasar-dasar yang mengutamakan kestabilan ekonomi jangka panjang.
Nga berkata ini termasuk inisiatif seperti program pemilikan rumah yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membantu pembeli rumah kali pertama mencapai impian memiliki rumah, yang menyaksikan pemilikan rumah Malaysia meningkat kepada 76.9 peratus.
Lembaga KWSP hari ini mengumumkan kadar dividen masing-masing 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion, serta 6.30 peratus untuk Simpanan Shariah yang melibatkan jumlah agihan RM10.19 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dividen kukuh
#KWSP
#Kerajaan Madani
#Nga Kor Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan