awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3

Khalis Khadir
Khalis Khadir
28/02/2026
07:32 MYT
Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3
Menurut Ahmad Zulqarnain, ketetapan itu adalah selaras dengan kerangka perundangan serta prinsip pengurusan simpanan persaraan yang diamalkan KWSP bagi memastikan ketelusan pengagihan dividen kepada lebih 16 juta ahlinya. - Gambar Bernama
Cadangan agar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) tidak boleh dilaksanakan.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, berdasarkan Akta KWSP 1991, sebarang agihan dividen tidak boleh dipindah atau disalurkan merentasi akaun.
Beliau menegaskan, setiap pembayaran dividen adalah tertakluk kepada struktur akaun yang ditetapkan dan perlu dimasukkan ke dalam akaun yang sepadan dengan baki simpanan ahli.
"Di bawah Akta KWSP sedia ada, dividen mesti dikreditkan ke dalam akaun yang betul. Jika simpanan berada dalam Akaun 1 atau Akaun 2, dividen perlu dimasukkan ke dalam akaun berkenaan.
"Kita tidak boleh mengambil dividen daripada akaun lain dan menyalurkannya ke Akaun 3," katanya menerusi sidang media pengumuman prestasi kewangan KWSP, di sini, pada Sabtu.
Ahmad Zulqarnain berkata, ketetapan itu adalah selaras dengan kerangka perundangan serta prinsip pengurusan simpanan persaraan yang diamalkan KWSP bagi memastikan ketelusan pengagihan dividen kepada lebih 16 juta ahlinya.
Mengulas lanjut katanya, pencarum yang menyimpan dana dalam Akaun Fleksibel tetap layak menerima dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025.
Bagaimanapun jelas beliau, agihan itu dibuat berdasarkan baki sebenar dalam setiap akaun, bukan secara pukal.
“Dividen akan dikreditkan mengikut baki purata harian dalam Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3), dan bukannya tertumpu kepada satu akaun sahaja.
"Jika pencarum sudah mengeluarkan keseluruhan simpanan dalam Akaun Fleksibel, maka akaun itu tidak akan menerima dividen. Pengiraan dibuat berdasarkan baki purata harian setiap akaun," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zulqarnain memaklumkan, KWSP belum membuat keputusan berhubung tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat pegangannya dalam IJM Corporation Bhd oleh Sunway Bhd.
Katanya, keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas laporan penasihat bebas diterima.
Pihaknya kini menunggu laporan daripada penasihat bebas yang dilantik, dijangka dikeluarkan menjelang 16 Mac ini.
Topic Berkaitan
#KWSP
#dividen 2025
#Akaun Fleksibel
#IJM Corporation Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan