awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim Persekutuan AS arah Pentagon pulihkan akses media
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dividen tertinggi TH dalam lapan tahun hasil pembaharuan tatakelola - PM Anwar

Bernama
Bernama
18/03/2026
11:24 MYT
Dividen tertinggi TH dalam lapan tahun hasil pembaharuan tatakelola - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembaharuan itu juga adalah ikhtiar untuk kembali mengangkat dan memartabatkan TH selaras dengan semangat asal penubuhannya yang berteraskan pengurusan amanah dan tanggungjawab terhadap kepentingan umat Isl
Prestasi agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) tertinggi dalam tempoh lapan tahun adalah hasil pembaharuan yang menekankan tatakelola, memperbetulkan asas institusi serta mengembalikan disiplin dan kebertanggungjawaban pengurusan institusi.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembaharuan itu juga adalah ikhtiar untuk kembali mengangkat dan memartabatkan TH selaras dengan semangat asal penubuhannya yang berteraskan pengurusan amanah dan tanggungjawab terhadap kepentingan umat Islam.
"Alhamdulillah, pengumuman dividen Tabung Haji (TH) hari ini yang mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun hadir sebagai khabar gembira buat umat Islam menjelang Aidilfitri.
"Semoga khabar baik ini menambah rasa syukur dan ketenangan dalam menyambut Aidilfitri, serta memperkukuh keyakinan umat terhadap usaha kita untuk terus memelihara institusi ini demi kepentingan bersama, insya-Allah," katanya.
TH hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025, kadar tertinggi sejak 2018.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata keseluruhan agihan keuntungan berjumlah RM3.22 bilion, yang memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit TH.
Kadar tersebut dicapai setelah mengambil kira pelunasan zakat pada kadar 2.577 peratus (RM95.3 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dividen
#keuntungan
#Lembaga Tabung Haji TH
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan