awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DNA singa digunakan buat pertama kali untuk sabitkan pemburu haram

Astro AWANI
Astro AWANI
20/02/2026
00:31 MYT
DNA singa digunakan buat pertama kali untuk sabitkan pemburu haram
Teknologi DNA ini mengubah landskap pendakwaan, kerana sebelum ini pemilikan bahagian tubuh singa mudah didalihkan sebagai pusaka atau diperoleh secara sah. - Gambar hiasan
Buat julung kalinya, DNA seekor singa berjaya digunakan untuk mensabitkan dua pemburu haram di Zimbabwe, menandakan kemajuan besar dalam usaha membanteras jenayah hidupan liar.
Kes itu bermula pada Mei 2024 apabila kolar radio seekor singa jantan di Taman Negara Hwange berhenti berfungsi.
Siasatan membawa pihak berkuasa kepada jerat dengan bulu singa, sebelum polis menemui tiga guni daging, 16 kuku dan empat gigi di sebuah kampung berdekatan.
Semua bahagian tubuh itu kemudian dipadankan dengan profil DNA dalam pangkalan data singa Zimbabwe, menjadikan ini kali pertama identiti seekor singa dikenal pasti melalui analisis forensik.
Dua lelaki akhirnya mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman 24 bulan penjara.
Victoria Falls Wildlife Trust berkata teknologi DNA ini mengubah landskap pendakwaan, kerana sebelum ini pemilikan bahagian tubuh singa mudah didalihkan sebagai pusaka atau diperoleh secara sah.
NGO antarabangsa Traffic menyifatkan kejayaan itu sebagai “bukti kukuh” bahawa sains forensik kini mampu menggugat rangkaian pemburuan haram, ketika permintaan terhadap bahagian tubuh singa meningkat di Afrika dan Asia.
Topic Berkaitan
#DNA
#singa
#pemburu haram
#kolar radio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan